|
Ditulis oleh Mazlan bin Latif
|
|
Rabu, 10 Mac 2010 03:02 |
|
Â
Perasmian Program Jom ke sekolah
Yang Berhormat Dato' V.S. Mogan, PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK HAL EHWAL PERLADANGAN SUMBER MANUSIA, ALAM SEKITAR DAN PENGADUAN AWAM MERANGKAP ADUN JERAM PADANG berucap merasmikan penutupan Program Jom Sekolah dan Pelancaran Laman Blog Pusat Sumber Sekolah yang baru. Majlis diadakan pada 9 Mac 2010, jam 5.30 petang di Dewan Ibnu Khaldun SMK Palong Dua (Felda). Majlis turut dihadiri oleh Ketua-ketua komuniti setempat. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 10 Mac 2010 04:37 |
|
|
Ditulis oleh Mazlan bin Latif
|
|
Ahad, 07 Mac 2010 16:13 |
|
Â
Â


Dua orang Guru Pelatih Program Sandaran NPQEL Kohort 2/2009 Institut Aminuddin Baki,
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 08 Mac 2010 17:09 |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Mazlan bin Latif
|
|
Sabtu, 07 Julai 2007 09:54 |
|

En. Mazlan bin Latif, Pelatih Sandaran NPQEL
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 27 Februari 2010 13:31 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Mazlan bin Latif
|
|
Isnin, 11 Ogos 2008 01:12 |
|

Perlawanan persahabatan antara Staf Lelaki
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 07 Mac 2010 17:15 |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Mazlan bin Latif
|
|
Sabtu, 07 Julai 2007 09:54 |


23 Januari 2010, sekolah ini telah
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 27 Februari 2010 13:30 |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
|
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |
- Misi
- Visi
- Falsafah
- Carta
- Sejarah
- Lokasi
- Lagu
- Logo
- Motto
- Piagam
Misi Sekolah
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti
Â
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Falsafah Sekolah
Pendidikan yang berterusan untuk membentuk komuniti sekolah yang bersifat positif, berbudaya ilmu dan cintakan nilai-nilai suci berdasarkan potensi yang ada. Usaha ini akan melahirkan individu yang mampu menangani setiap cabaran dan mencapai kecemerlangan bagi memenuhi aspirasi negara.
Sejarah Sekolah
Sekolah ini terletak di daerah Jempol dan merupakan salah sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Gugusan Palong. Jaraknya dari Bahau sejauh 41 km, Kuala pilah 56 km dan dari Seremban sejauh 115 km.
Sekolah ini mula beroperasi pada 1984 dan pada ketika itu mempunyai dua blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan sebuah bangunan Seni Perusahaan. Jumpah pelajar pertama adalah 180 orang terdiri daripada Rancangan Felda Palong 1, 2 dan 3.
Sehingga kini seramai 12 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini iaitu:
-
En Musa bin Hj Arshad (Jan 1984 - Nov 1987)
-
En Shamsudin bin Hj Abd Ghani (Nov 1987 - Mei 1991)
-
En Yahaya bin Othman - Memangku (Mei 1991 - Feb 1992)
-
Tn Hj Azam bin Hj Md Atan (Feb 1992 - Dis 1995)
-
Tn Hj Mohamed Hashim bin Idris (Dis 1995 - Jan 1996)
-
En Sallehuddin bin Abdul Wahab (Jan 1996 - Apr 1997)
-
Tn Hj Emran bin Alwi (Jun 1998 - Mei 1999)
-
En Mohan Singh a/l Shamir Singh (Mei 1999 - Jan 2001)
-
Pn Maznah binti Yusof (Jan 2001 - Apr 2003)
-
Pn Hjh Aishah binti Ashaari (Mei 2003 - Mac 2005)
-
Tn Hj Khidzer bin Ahmad (Mac 2005 - Sept 2006)
-
En Awalludin bin Mat Din (Okt 2006 - Okt 2009)
- Pn. Saadiah binti Saad (Okt 2009 - kini)
Lagu Sekolah
Sekolah Menengah Palong Dua Harum namamu sepanjang masa Disiplin Maju Jaya moto sekolah kami Sekolah yang amat kami cintai
Kejayaan dan kegemilangan Wawasan kita jadi pegangan Kemurnian jiwa, ketahanan diri Dunia akhirat dilengkapi
Ikatan teguh satu keluarga Kebersihan, keindahan yang utama Pelajar cemerlang, guru penyayang SMKPD jadi kebanggaan
Ikatan teguh satu keluarga Kebersihan, keindahan yang utama Pelajar cemerlang, guru penyayang SMKPD jadi kebanggaan (2X)
Logo Sekolah

:: Bentuk
Bentuk asas logo sekolah ini berupa sebuah tempayan yang digabungkan dengan ciri atap Minangkabau di bahagian atasnya. Tempayan dalam tradisi masyarakat Melayu merupakan satu bekas menyimpan atau menampung bekalan yang bukan sahaja amat penting malah unik. Dalam konteks pendidikan, bentuk ini menepati fungsi sebagai tempat atau wadah ilmu. Manakala bentuk atap Minangkabau merupakan manifestasi kepada kedudukan sekolah ini di bawah naungan negeri yang kaya dengan adat.
Â
:: Warna
Logo sekolah ini mempunyai 3 warna iaitu kuning, merah, dan hijau. Setiap warna ini mempunyai pengertian seperti di bawah :
-
Kuning Ia merupakan warna asas logo dan sama dengan warna utama Felda. Ia membawa erti bahawa sekolah ini terletak di sebuah rancangan Felda dan ia perlu diberi perhatian dan tumpuan yang utama.
-
Merah Merupakan lambang keberanian, kecekalan, dan beriltizam. Demi kejayaan, sifat-sifat ini amat diperlukan terutama dalam menghadapi arus pendidikan yang semakin mencabar.
-
Hijau Merupakan lambang Islam. Ia membawa pengertian bahawa sekolah ini mendukung Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Â
:: Penyataan Lambang
-
Roda Mesin Lambang teknologi sekolah ini sebagai setu tempat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran.
-
Tiga Bulatan Lambang tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina, dan India yang bersatu padu.
-
Pohon Getah Lambang sumber ekonomi utama penduduk kawasan ini dan merupakan salah satu komoditi utama negara.
-
Buku Lambang sumber ilmu yang utama.
-
Tangan yang berdoa Lambang pergantungan dan pendidikan di sekolah harus berteraskan ketuhanan dan memerapkan nilai-nilai murni.
MOTTO SEKOLAH
BERDISIPLINÂ MAJUÂ JAYA
Piagam Sekolah
Kami warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (FELDA), 73450 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus, beriltizam untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan juga Wawasan Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020.
Kami berjanji :
-
Berusaha meningkatkan pencapaian kelulusan dalam sebarang peperiksaan dari segi kualiti dan kuantiti.
-
Berusaha menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif dan harmoni serta suasana yang mesra dan penuh kasih sayang.
-
Berusaha membentuk akhlak dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid dan mengurangkan kes-kes disiplin.
-
Berlaku adil dalam menangani sebarang masalah berkaitan dengan pendidikan.
-
Sentiasa memberi layanan mesra dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan syor serta teguran yang membina dari semua pihak demi kecemerlangan sekolah.
-
Sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak dan arahan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
|
|
Statistik
Ahli : 2
Kandungan : 49
Pautan Laman : 34
Hit Paparan Kandungan : 1597
|